Saturday, 30 June 2012

Kek Kukus Mini

Cakap pasal kek kukus ni, aku teringat time time aku kecik dulu. Kek ni sangat famous giler bila time nak raya (dalam family aku la). Malam raya, selain mak sibuk nak masak rendang, ketupat, kuah kacang dan sebagainya, kek kukus adalah satu menu yang tak pernah ketinggalan dalam list. Kiranya, kek kukus mak akan dicari oleh tetamu tetamu yang berkunjung ke rumah aku. Ibaratnya, macam tak lengkap raya tanpa kek kukus mak. hmmm

Tapi sejak mak dah tua ni, mak aku memang dah jarang buat. almaklumlah dah tak larat. Satu hari tu aku teringin giler nak makan kek kukus ni, nak suruh mak buat malu, so aku pun mintak la resepi lagi la malu..so aku pun cuba google. Dapat satu resepi, tapi hampa, hasilnya tak sama seperti yang aku harapkan.

So, the next timenye, aku pun balik dan beli barang barang dan buat sekali ngan mak. pergh.... layan.. walaupun lama nak tunggu masak.. tapi bila da siap, lagi kalau kita telan panas panas (yg ni pelahap namanyer) lagi best!

So sejak dari tu, aku memang suka buat untuk anak-anak. Cuma as usual la, bila dah sampai kat aku, resepi pun akan aku buat stail aku. So memandangkan mulut anak-anak aku kecik.. aku dapat idea untuk meminikan kek kukus mak aku ni. So senang kerja x yah potong potong. lepas siap, simpan dalam bekas boleh simpan sampai seminggu. Jimatkan. tapi memang tak ler seminggu.. Sebab bukan anak-anak je enjoy, tapi mak anak, bapak anak bibik anak pun enjoy jugak.. so dalam few days je dah habis.


Kepada sesiapa yang nak cuba, meh le...aku sharekan resepi kek kukus mini mak aku...!



Bahan-Bahan
600gm tepung gandum
600gm gula ( 300gm buat gula hangus)
2 ketul butter
10 biji telur
1 sdk garam
1sdk tartar
1sdk soda bicarbonat
kismis ikut kehendak nak hitam kuning, banyak ke sikit...

Cara-Cara
1. buat gula hangus - 300gm gula masukkan dalam periuk dan biarkan dengan api perlahan. bila dia dah naik hangus, masukkan setengah cawan air untuk cairkan. tutup api dan biarkan sejuk.
2. butter + lebihan gula pukul sampai betul betul kembang. (dalam 10minit)
3. masukkan telur, sebiji demi sebiji
4. tepung+garam + tartar+soda bicarbonat - ayak dan masukkan dalam adunan sedikit demi sedikit
5.last sekali masukan gula hangus tadi dan kacau rata.
6. gaulkan kismis dengan tepung dan masukkan dalam adunan tadi.
7. masukkan dalam acuan mengikut kehendak korang.
8. kalau besar acuan tu kukus selama 2 jam.. mak kata untuk tahan lama
9. yang mini ni aku kukus dalam 30minit jer..
10. last sekali masukkan dalam mulut dan kunyah.... kikiki

ok guys selamat mencuba!




Monday, 25 June 2012

Buku - DECEPTIVELY DELICIOUS

Hari ni aku nak share pasal buku masak. Ini antara buku kegemaran dan buku masakan yang paling mahal yang aku ada setakat ini. hahahaha. lama jugak dah buku ni berada dalam simpanan aku. Aku masih ingat, aku beli buku ni, sebab masa tu aku sangat risau bab pemakanan kedua hero aku. aku rasa macam diorang ni x cukup makan makanan berkhasiat. So aku macam pening jugak la.

Especially bila nak suruh makan sayur. sampai ke sampai satu tahap, bila aku suap, aku sorokkan sayur bawah nasi. Tapi bila diorang rasa je benda tu, terus diorang kuarkan. So aku rasa, bukan aku je yang mengalami keadaan tu. Few parents yang aku jumpa pun mengalami masalah yang sama.

So, satu hari tu, time aku tengok rancangan feberet aku, Oprah Winfrey Show.. kebetulan dia membawak topik pasal makanan lengkap untuk anak2. Memang kena sangatlah.. so salah satu panel jemputan dia adalah Jessica Seinfeld. Dia adalah isteri kepada Jery Seinfeld, kalau korang ada menonton rancangan Seinfeld tu mesti kenal.

So  selain dia share few resipi yang ada dalam buku dia, dia banyak jugak share tips macam mana nak galakkan anak2 makan sayur. Well, jadi masalah ni nampaknyer bukan aku saja mengalami. Yang sangat menarik perhatian aku adalah, bila dia cakap, ibu kena kreatif bila di dapur, untuk memastikan anak2 mendapatkan makanan yang berkhasiat.

So salah satu caranya, adalah dengan membuat puree kepada sayur sayuran tersebut dan mencampurkan kedalam makanan kegemaran mereka seperti, nuggets, chocolate cake, cookies, pancakes dan macam macam la.

Apa lagi dengan segera aku cuba mendapatkan buku tersebut dan memang worth the money. Anak@ aku memang enjoy food yang aku masak dan aku tak perlu risau lagi. Thank you to MR HUBBY yang bertungkus lumus mendapatkan buku ni. To those parents out there yang mengalami masalah macam aku, ni adalah satu buku yang perlu ada.

Dan satu yang kita perlu ingat, be creative and parents kena jugak makan sayur. Ia bermula dengan kita. hahaha.. nanti aku sharekan some pictures dan resipi yang dah pernah aku cuba.. OK!

Selamat makan sayur.... ;)
salah satu chapter yang ada dalam buku ni.... wajib baca!

Puree.. macam mana nak buat?

Jom tengok resipi febret aku dalam buku ni!


Pancake dengan puree keledek

Chicken nuggets dengan puree brocolli / puree bayam

Chicken pasta sup dengan puree cauliflower.. feberet anak2 aku

Brownies dengan puree carrot dan puree bayam.. sedap giler!

Fruits and Chocolate Peanut butter dip dengan puree carrot... 

 Yogurt Pops- yang ni pakai fresh fruits...

Chocolate chip cookies dengan puree brocolli

Lemon Raspberry Cupcakes dengan puree labu

Penutup!

Aku share satu resipi yang menjadi feberet anak2 aku!

Chicken pasta Sup dengan puree cauliflower

Bahan-bahan

Pasta ( masak dengan air+garam untuk bagi rasa kat pasta tu)
Air rebusan ayam (stok ayam, kalau x rajin nak buat sendiri, pakai jer chicken stock yang kiub pun ok jer)
Isi ayam (kalau boleh bhg dada.. sebab bhg ni yg terbaik utk anak2. korang siat ayam tu ikut kesesuaian mulut anak korang)
1/2 cawan puree cauliflower

Cara-Cara
1. Chicken stok tadi korang didihkan. masukkan isi ayam dan cauliflower puree tu..
2. bagi rasa kat sup tu
3. hidangkan dengan pasta.

simple giler.. bila korang kreatif, buat je apa2 puree dan campurkan aje kat dalam food harian yang korang masak. simple kan...



Tuesday, 19 June 2012

Father's Day

Last weekend was Father's Day. So, Selamat Hari Bapa to Daddy, Abah, bapak, ayah mahupun apa saja panggilan tu, korang memang the best! To my abah, thank you for everything Because you're such a special Abah, this comes with love to say-You're wished a world of happiness today and every day! To My MR HUBBY, thank you for being such wonderful Daddy to our little angels. I am so thankful that my children are blessed with a father as caring, thoughtful, and supportive as you. Ecewah... ni bila aku bermadah. cukup la tu.


Tak da pape celebration pun, cuma aku dah buat anak2 aku busy dengan membuat poster untuk daddy. Campakkan pensel warna dan kertas, let them be creative for that moment! So aku dan hubby pun join sekali.. cuma menghabiskan waktu bersama anak-anak.


So selepas seharian menghabiskan quality time bersama daddy.. Keesokkan harinya baru aku berkesempatan untuk membuat Chewy Gooey Fudgy Brownies untuk MR HUBBY. At least something la kan. Orang cakap buat suka suka. Memandangkan Brownies ni mudah giler, tak perlu masa yang lama.. so apa lagi, dengan pantasnya aku buat.


BAHAN-BAHAN

resepi dia aku dapat kat sini  http://allrecipes.co.uk/recipe/5972/chloe-s-chewy-gooey-fudge-brownies.aspx
selamat mencuba ya ! kikikiki

Daddy pun dah lama tak mewarna ni....

The Kids with their posters



Version Chewy Gooey yang dah aku potong dan letak kat papercup

Jalan Jalan Cari Makan Versi aku!

Bercakap pasal makan, hubby aku memang seorang pemakan (ada ke ayat pemakan? kakakaka). He Loves food and of course he loves me too... hahaha.  Tanya pasal tempat makan, dia memang hebat. Cakap je nak makan style apa, jepun, melayu, cina, vietnam lebih kurang apa saja yang korang tanya dia memang boleh jawab.

Aku pulak bukanla orang yang enjoy sangat makan benda yang pelik pelik ni. Setakat benda yang biasa-biasa tu aku memang ok lagi. Dulu waktu kami bercinta, menu aku kalau kuar makan ngan dia mesti, meehoon goreng pedas atau nasi goreng ayam dengan air nescafe o ais. Lain-lain tak pernah cuba. So, lama kelamaan, bila dah kenal mamat ni, aku banyak belajar makan makanan yang pelik pelik.

Kalau setakat tempat makan, dari range yang murah sampai yang ke mahal pun dia boleh listkan. Aku rasa kalau TV3 nak cari orang yang layak pasal cari tempat makan yang best best ni, aku rasa Hubby aku memang champion. hahahaha. Tapi kalau hubby aku masuk TV3, rancangan tu bukan lagi Jalan Jalan cari makan, tapi Jalan JAlan Cari Pasal... hahahaha.

Tapi terima kasih banyak banyak to MR HUBBY, kerana dia aku kini dah tak memilih makanan macam dulu lagi. Aku jugak cuba mendalami minat yang sama.. jadi barulah boleh dikatakan sebagai pasangan sehati sejiwa.. kakakaka.

Hari ni, aku nak share few gambar yang aku sempat amik sewaktu aku dan MR HUBBY Jalan Jalan Cari Makan.. and those places aku yakin korang pun pernah pergi. Yang ni aku share yang ringan ringan dulu... makanan yang pelik pelik tu nanti aku akan sharekan pada entri yang lain ok!..

Jom ikut aku.. kita Jalan Jalan Cari Makan....
KURA @ Sunway Pyramid
The best Sushi ever!

LITTLE PANTRY @ I0I Puchong
cute restaurant ever - all pink white theme
Bolognese Spaghetti @ Little Pantry -
Portion Kecik Giler Tapi best


BREAK - O - DAY @ Coffee Bean
Our Favorite


SALMON SASHIMI @ Sakae

CALIFORNIA ROLLS @ Sushi King
Our sons Favorite Place

CHEESE CAKE & ICED LONG BLACK @ Delicious
The best Dating Place ever especially
DELICIOUS @ ONE UTAMA

ASSORTED KUIH MELAYU @ Nyonya Colours
@  EMPIRE
The Best Malay Kuih ever

CENDOL @ Tepi Jalan Dekat Rumah Aku
kakakakaka!
The Most powerful Cendol ever!


LONG BLACK WITH GULA MELAKA @ TRANQUERAH ,
RED CARPET AVENUE,  KOTA DAMANSARA
The best old-school setting and Malacca Nyonya Cuisine  

MURNI @ AMAN SURIA, DAMANSARA
The Biggest Portion ever
Satu pinggan makan berdua bertiga pun boleh ;)

RAJA DURIAN @ SS2
The Best Service ever
dulu aku x makan, sekarang dah boleh sikit2 ;)

CUP CAKES @ WONDERMILK, UPTOWN, DAMANSARA
The Best Cuppies Ever
Adrea Faorite Place

Apam Polkodot

Sekejap hari tu, Apam polkadot pernah menjadi satu trend. Sampai menjadi satu mimpi ngeri buat aku, bila setiap hari anak aku akan bertanya "ummi, ummi tak pandai ke buat apam polkodot tu".. Soalan yang sangat mencabar kesabaran. Aku betul-betul rasa tercabar dengan soalan anak2 aku. Almaklumlah, bila dah sekolah, ada kawan. kawan-kawan pulak membawak pelbagai jenis makanan. So salah satu makanan tu adalah apam polkodot ni...

semua aku survey.. dalam internet, luar internet, magazines dan macam macam lagi la... ada jumpa, dan bila aku buat, percubaan pertama gagal. kedua gagal.. ketiga pun gagal... last sekali aku cakap kat anak anak aku... apam polkodot tu tak sedap, sebab tu ummi tak buat... hahahaha (nak cover la tu).

Bila satu hari, aku pun bercerita ngan mother in law aku... waah! dia cakap "asal tak cakap, mama ada resepi tu.. mama punya stail la.. senang je".. amboi. haish... apa lagi aku pun amik resepi tu, dan terus mencuba... well memang kelas my mother in law... jadik kau!... ha so apa lagi ni la resepinyer... jom cuba...!

Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1cawan gula (castor sugar je tau)
1cawan santan (aku pakai fresh milk)
2sudu kecil ovelet
1sudu kecil esen vanila
4biji telur (saiz besar ya olls)
2sudu kecil baking powder
garam sikit (to balance the sweetness)

Cara-Cara
1. Gula + Telur  pukul sampai kembang
2. Masukkan ovelet, dan pukul lagi ampai kembang
3. Masukkan esen vanila, gaul lagi
4. Masukkan 1/3 tepung, then 1/2 fresh milk/santan, masukan tepung lagi dan susu dan akhirkan dengan tepung. ( berselang seli dry ingredient then wet)
5. Masukkan dalam cup yang korang nak, 1/2 je. 
6. Pastu, masukkan filling yg korang suka balckberry, blueberry, strawberry, kaya, dan apa saja. Macam anak2 aku diaorang suka plain...so up to u guys yer...
7. pastu penuhkan cup tu dan buatla design yang korang suka. kalau polkodot tu nak senang pakai piping beg.. so kemas sikit
8. kukus selama 10 minit. pastu dia dah siap untuk dimakan... yehaaa!

jom tengok gambar-gambar pilihan aku...

cubaan pertama, yang tak berapa nak polkodot la.. dengan cup yang sangat gedabak!

Ni kaler hijau.... anak aku cakap ni apam polkodot ala shrek... hahahaha

Cubaan kedua... cantik sikit, proper sikit... dan sekarang aku dah expert buat benda ni... soon aku upload pelbagai gaya dan bentuk apam ni ok!





Happy Birthday Abang Harith!

On 13th June 2012 hari tu, birthday anak sulung aku yang ke-9. sekejap je waktu berlalu. dah 9 tahun rupanyer. rasa baru semalam bersalinkan dia... hahaha...!
So takde apa la sangat sambutan dia. Dia decided nak celebrate ngan kekawan kat sekolah. So as usual, dia mintak aku buatkan kek yang sangat famous sekarang ni.. apa lagi RED VELVET la.. 
Jenuh aku nak memikirkan decoration dia.. lastly dia cakap.. i want the simple one only...So at last i came up with this idea..well very simple cake for a very simple boy. 

For Eiman Harith, we are proud to have you. Semoga allah sentiasa memberkati Eiman harith, dan semoga harith menjadi anak soleh yang membanggakan ummi satu hari nanti..amiin!

Happy Birthday sayang!

For those yang nak resepi kek ni..silalah klik pada link ni..http://blackbowribbon.blogspot.com/2012/06/kek-red-velvet.html

Hasil kerja tangan aku...;)
bila aku cuba mengedit... hambik ko!
50 cuppies for teachers and super friends...yaay!




Tuesday, 5 June 2012

Kam Heong Lala

Resepi ni aku dapat dari internet. Disebabkan hubby suka sangat makan masakan ala ala chinese style ni, so aku kena la juga belajarkan. Tapi bila aku sebut je nama makanan ni kat mak aku, dia akan mengucap panjang. "ish.. makanan apa nama cina tu... halal ke?" hahahha. Tapi ia adalah salah satu resepi yang giler simple untuk korang try. Selamat mencuba ok!

Bahan-Bahan


1/2 kilo Lala (korang boleh ganti apa sahaja seafood yg korang nak)
1sdb udang kering (cincang)
1sdk bawang putih (cincang)
1sdk bawang merah (cincang)
6tangkai cili kering (potong halus)
beberapa tangkai daun kari
1sdb rempah kari ikan (campur ngan air jadikan pes)
1biji bawang besar (potong besar)
1sdb kicap (ikut suka)



Cara-cara


1. Panaskan minyak
2. masukkan udang kering, bawang kecil dan bawang putih. goreng sampai naik wangi.
3. then masukkan daun kari dan cili kering.
4. masukkan pes kari ikan tadi. goreng sampai wangi.
5. letakkan garam gula serbuk perasa mengikut kehendak anda.
6. masukkan lala dan bawang besar tadi.
7. goreng sehingga anda rasa lala masak.
8. masukkan kicap dan gaulkan sekali lagi.
9. selesai.