Tuesday, 5 June 2012

Kam Heong Lala

Resepi ni aku dapat dari internet. Disebabkan hubby suka sangat makan masakan ala ala chinese style ni, so aku kena la juga belajarkan. Tapi bila aku sebut je nama makanan ni kat mak aku, dia akan mengucap panjang. "ish.. makanan apa nama cina tu... halal ke?" hahahha. Tapi ia adalah salah satu resepi yang giler simple untuk korang try. Selamat mencuba ok!

Bahan-Bahan


1/2 kilo Lala (korang boleh ganti apa sahaja seafood yg korang nak)
1sdb udang kering (cincang)
1sdk bawang putih (cincang)
1sdk bawang merah (cincang)
6tangkai cili kering (potong halus)
beberapa tangkai daun kari
1sdb rempah kari ikan (campur ngan air jadikan pes)
1biji bawang besar (potong besar)
1sdb kicap (ikut suka)



Cara-cara


1. Panaskan minyak
2. masukkan udang kering, bawang kecil dan bawang putih. goreng sampai naik wangi.
3. then masukkan daun kari dan cili kering.
4. masukkan pes kari ikan tadi. goreng sampai wangi.
5. letakkan garam gula serbuk perasa mengikut kehendak anda.
6. masukkan lala dan bawang besar tadi.
7. goreng sehingga anda rasa lala masak.
8. masukkan kicap dan gaulkan sekali lagi.
9. selesai.

No comments:

Post a Comment