Monday 25 June 2012

Buku - DECEPTIVELY DELICIOUS

Hari ni aku nak share pasal buku masak. Ini antara buku kegemaran dan buku masakan yang paling mahal yang aku ada setakat ini. hahahaha. lama jugak dah buku ni berada dalam simpanan aku. Aku masih ingat, aku beli buku ni, sebab masa tu aku sangat risau bab pemakanan kedua hero aku. aku rasa macam diorang ni x cukup makan makanan berkhasiat. So aku macam pening jugak la.

Especially bila nak suruh makan sayur. sampai ke sampai satu tahap, bila aku suap, aku sorokkan sayur bawah nasi. Tapi bila diorang rasa je benda tu, terus diorang kuarkan. So aku rasa, bukan aku je yang mengalami keadaan tu. Few parents yang aku jumpa pun mengalami masalah yang sama.

So, satu hari tu, time aku tengok rancangan feberet aku, Oprah Winfrey Show.. kebetulan dia membawak topik pasal makanan lengkap untuk anak2. Memang kena sangatlah.. so salah satu panel jemputan dia adalah Jessica Seinfeld. Dia adalah isteri kepada Jery Seinfeld, kalau korang ada menonton rancangan Seinfeld tu mesti kenal.

So  selain dia share few resipi yang ada dalam buku dia, dia banyak jugak share tips macam mana nak galakkan anak2 makan sayur. Well, jadi masalah ni nampaknyer bukan aku saja mengalami. Yang sangat menarik perhatian aku adalah, bila dia cakap, ibu kena kreatif bila di dapur, untuk memastikan anak2 mendapatkan makanan yang berkhasiat.

So salah satu caranya, adalah dengan membuat puree kepada sayur sayuran tersebut dan mencampurkan kedalam makanan kegemaran mereka seperti, nuggets, chocolate cake, cookies, pancakes dan macam macam la.

Apa lagi dengan segera aku cuba mendapatkan buku tersebut dan memang worth the money. Anak@ aku memang enjoy food yang aku masak dan aku tak perlu risau lagi. Thank you to MR HUBBY yang bertungkus lumus mendapatkan buku ni. To those parents out there yang mengalami masalah macam aku, ni adalah satu buku yang perlu ada.

Dan satu yang kita perlu ingat, be creative and parents kena jugak makan sayur. Ia bermula dengan kita. hahaha.. nanti aku sharekan some pictures dan resipi yang dah pernah aku cuba.. OK!

Selamat makan sayur.... ;)
salah satu chapter yang ada dalam buku ni.... wajib baca!

Puree.. macam mana nak buat?

Jom tengok resipi febret aku dalam buku ni!


Pancake dengan puree keledek

Chicken nuggets dengan puree brocolli / puree bayam

Chicken pasta sup dengan puree cauliflower.. feberet anak2 aku

Brownies dengan puree carrot dan puree bayam.. sedap giler!

Fruits and Chocolate Peanut butter dip dengan puree carrot... 

 Yogurt Pops- yang ni pakai fresh fruits...

Chocolate chip cookies dengan puree brocolli

Lemon Raspberry Cupcakes dengan puree labu

Penutup!

Aku share satu resipi yang menjadi feberet anak2 aku!

Chicken pasta Sup dengan puree cauliflower

Bahan-bahan

Pasta ( masak dengan air+garam untuk bagi rasa kat pasta tu)
Air rebusan ayam (stok ayam, kalau x rajin nak buat sendiri, pakai jer chicken stock yang kiub pun ok jer)
Isi ayam (kalau boleh bhg dada.. sebab bhg ni yg terbaik utk anak2. korang siat ayam tu ikut kesesuaian mulut anak korang)
1/2 cawan puree cauliflower

Cara-Cara
1. Chicken stok tadi korang didihkan. masukkan isi ayam dan cauliflower puree tu..
2. bagi rasa kat sup tu
3. hidangkan dengan pasta.

simple giler.. bila korang kreatif, buat je apa2 puree dan campurkan aje kat dalam food harian yang korang masak. simple kan...



No comments:

Post a Comment