Tuesday, 5 June 2012

Tercetusnya Zai's Kitchen Blog



Welcome to my kitchen. hahaha.. funny je bunyi dia. Well, guys.. semenjak dua menjak menceburkan diri sebagai suri rumah (macam biasa je bunyinye) ...ish tukar sikit la.. hmm ... homemaker ni (sedap sikit), aku banyak menghabiskan masa dengan memasak. Nak kata teror tu tidak la, tapi boleh la untuk anak-anak dan hubby makan.

I'm a mother of 4 little cutie angels..Eiman Hartith, Eiman Haqeem, Eiman Adrea & Eiman Adzreen and a queen of King Esa Abd Shukor. Aku merangkap driver to my kids, secretary to my Hubby, chef to the family, teacher in the afternoon, ustazah at night dah haih macam macam lagi la.

But the part i like the most is COOKING. i cook everything (halal of course), in different style, mamak style, chinese style, western, indian and aku punyer suka style (hahaha). Dan aku mula post di lama muka buku aku. bukan nak tunjuk pandai ke atau menunjuk-nunjuk teror.. tapi niat adalah untuk share. Kan orang cakap Sharing is Caring.. hahaha. Selain tu jugak aku mula berjinak-jinak dengan dunia BAKING. Satu bidang yg memang fun giler. aku mula jatuh cinta dengan dunia baking ni. Aku mula buat small investment dengan memasuki kelas dan membeli barang keperluan. Kalau dulu, aku suka window shopping kat tempat baju, kasut.. tapi sekarang aku rela duduk kat kedai yang jual peralatan bakeri, and aku akan kumpulkan duit and try to buy the latest one.

Seronok tu bertambah, bila secara tak langsung, aku mula buat duit melalui COOKING and BAKING ni. duit yang tak pernah aku sangka. Menerima tempahan adalah satu perkara yang tak pernah terlintas dalam kepala. So setakat ni aku pick and choose lah, sebab aku ni belum tahap expert. So aku buat to all my closest friends and family jer. tapi orang kata, mouth to mouth punya advertisement ni giler power, instead to only my FB friends, now dia dah merebak to all theirs family and friends pulak. Alhamdulilah, rezeki allah.

So, di atas desakan sahabat-sahabat dan family (chewah).. dan dengan itu tercetuslah idea untuk menghasilkan my first ever FOOD BLOG ;). Dalam blog ni aku akan kongsikan resepi resepi simple untuk masakan harian, kids menu style aku, resepi resepi kek yang dah aku cuba, tempat makan yang menarik yg pernah aku pergi dan info info terkini pasal dunia masakan. Dan Apa sahaja yang berkaitan, isi kandungan blog ini akan diupdate mengikut suka aku la.. dari semasa ke semasa.

Aku harap blog ini dapat memberi manfaat kepada setiap pembacanya. Sekiranya anda mempunyai cadangan yang baik lagi bernas, jangan lupa sharekan dengan meninggalkan komen komen tu..ok.

No comments:

Post a Comment