Tuesday, 19 June 2012

Apam Polkodot

Sekejap hari tu, Apam polkadot pernah menjadi satu trend. Sampai menjadi satu mimpi ngeri buat aku, bila setiap hari anak aku akan bertanya "ummi, ummi tak pandai ke buat apam polkodot tu".. Soalan yang sangat mencabar kesabaran. Aku betul-betul rasa tercabar dengan soalan anak2 aku. Almaklumlah, bila dah sekolah, ada kawan. kawan-kawan pulak membawak pelbagai jenis makanan. So salah satu makanan tu adalah apam polkodot ni...

semua aku survey.. dalam internet, luar internet, magazines dan macam macam lagi la... ada jumpa, dan bila aku buat, percubaan pertama gagal. kedua gagal.. ketiga pun gagal... last sekali aku cakap kat anak anak aku... apam polkodot tu tak sedap, sebab tu ummi tak buat... hahahaha (nak cover la tu).

Bila satu hari, aku pun bercerita ngan mother in law aku... waah! dia cakap "asal tak cakap, mama ada resepi tu.. mama punya stail la.. senang je".. amboi. haish... apa lagi aku pun amik resepi tu, dan terus mencuba... well memang kelas my mother in law... jadik kau!... ha so apa lagi ni la resepinyer... jom cuba...!

Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1cawan gula (castor sugar je tau)
1cawan santan (aku pakai fresh milk)
2sudu kecil ovelet
1sudu kecil esen vanila
4biji telur (saiz besar ya olls)
2sudu kecil baking powder
garam sikit (to balance the sweetness)

Cara-Cara
1. Gula + Telur  pukul sampai kembang
2. Masukkan ovelet, dan pukul lagi ampai kembang
3. Masukkan esen vanila, gaul lagi
4. Masukkan 1/3 tepung, then 1/2 fresh milk/santan, masukan tepung lagi dan susu dan akhirkan dengan tepung. ( berselang seli dry ingredient then wet)
5. Masukkan dalam cup yang korang nak, 1/2 je. 
6. Pastu, masukkan filling yg korang suka balckberry, blueberry, strawberry, kaya, dan apa saja. Macam anak2 aku diaorang suka plain...so up to u guys yer...
7. pastu penuhkan cup tu dan buatla design yang korang suka. kalau polkodot tu nak senang pakai piping beg.. so kemas sikit
8. kukus selama 10 minit. pastu dia dah siap untuk dimakan... yehaaa!

jom tengok gambar-gambar pilihan aku...

cubaan pertama, yang tak berapa nak polkodot la.. dengan cup yang sangat gedabak!

Ni kaler hijau.... anak aku cakap ni apam polkodot ala shrek... hahahaha

Cubaan kedua... cantik sikit, proper sikit... dan sekarang aku dah expert buat benda ni... soon aku upload pelbagai gaya dan bentuk apam ni ok!





No comments:

Post a Comment